Followers

Showing posts with label lawak... Show all posts
Showing posts with label lawak... Show all posts

Gelagat Boss ngan Seketeri di early

Alkisah ada seorg lelaki yg berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEW disebuah sykt yg
besar di KL… Pada suatu early morning tu.. Boss ini
memanggil la dia punya seketeri masuk ke opisnya..seperti biasa.. seketerinya pun masukla…

Tolong buatkan saya surat utk kita punya client..Si Boss ini pun mula la cakap dia punya
mukadimahnya.. biasa la Boss.. malas nak tulis.. cakap punya cakap.. Boss ni pun
bangun.. dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dlm poket seluar..
10 minit kemudia acara mengarang ayat pun habis.. si seketeri pun mula bersuara..

Seketeri: Boss.. pagi tadikan.. masa saya nak datang ke opis..saya nampak pintu garage boss
terbuka..

Boss: (dlm keadaan kelam kabut) ye ke.. tak per, nanti saya call rumah..terima kasih..

Si seketeri pun blah balik ke meja dia..dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia..

Boss: Yang tolong tengokkan garage rumah kita..pintu dia terbuka la..

Bini: Taklah bang..baru tadi I tengok ..mana adaterbuka..

Boss: Iye..terbuka..cuba pergi tengoksekejap.

Bini: Tidakkkkk, tertutup…saya tahu la bang.

Boss: Pergi lah tengok..kalau tak terbuka macam mana org boleh nampak??

Bini: Okay lah.. okay lah.

Setelah setengah jam kemudia.. masa Boss ni tengah relek-relek..baru dia perasan yang zip
seluar dia terbuka..(dah memang perangai dia tak suka pakai underware).. maka
nampaklah…mengelabahlah si Boss nimemikirkan macam mana nak cover malu kat seketeri
dia tu..

Boss: Errr… tadi pagi masa you nampak garage I terbuka.. ada tak you nampak BMW kat
dlm tu?

Seketeri: Tak.. yg I nampak cuma ada MINI COOPER ngan dua tayar depannya
pancit!!!!!!
~~~~~

kuang..kuang...

TELEFON..

Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di Klcc.
Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas.
Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya.
Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…

“Haa,camna sekarang ?” Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.
Ntah camna,akhirnya aku balas juga

“Ok gak ler”
Kemudian suara tu bertanya lagi

“Ko nak gi mana ni??”
Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata

“Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit”
Lepas suara tu bertanya lagi

“Bila ko nak gerak ni??”
Aku selamba jer kata

“Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”.

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata

“Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Seluar guni…

Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua
seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.
Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati
terkejut. Cubateka kenapa?



Jeng… jeng… jeng….




sebab kat seluar dalam tu ada tulis

“Berat Bersih: 50kg”

Berhenti Merokok

“Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?” tanya John pada George.
“Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?” kata George.
“Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama.”
“Apa tahap pertama itu?”
“Berhenti membeli rokok!”

Kisah Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Lawak Di P@gi Rabu

Bangkai Gajah

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

Cikgu VS Murid

Hari ini pada pukul 2.52 ptg
Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kataselamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapanini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari inicikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgusebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawanbagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

psstt: lawak lama.. tp bila baca balik still leh sengih sorang2.. hehehe..


Al-Kisah...

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak
perempuan yang sangat disayangi
iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka
berpakat utk kahwinkan anak2 ni serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu
pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi
honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman,

Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat
berpesan, "nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah.
Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah
tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup.
Ringkas, padat dan cepat." panjang lebar Mak Minah memberi
arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti
yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah
kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered
dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca
iklan yang bertulis "Besar, teguh dan peramah"..
Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis
'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum
lagi keduanya membaca iklan yang
bertulis "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir"
Bahagialah Si Seri rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat
Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum
keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga
Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak
Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada
jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari
Suri dengan isi kandungannya "AIR ASIA ".

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan
tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak
bongsunya.

Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2
tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan
itu...??


"7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON-
STOP!!"

Nama-nama JEPUN

1. Yg pemarah- KEJI CACIMAKI

2. Yg tak suka brg mahal- SATO SUKAMURA

3. Yg bisu- KITA TADASUARA

4. Yg suka makan tose- NANACHI HITOSE

5. Yg suka lagu blues-APO NADIKATO

6.Yg suka belajar-ASIKO ULANGKAJI

7. Yg kerap bikin ribut- WAKASI HURUHARA

8. Yg masih bujang-MATIMATI TAMOKASI

9 .Yg asyik berbini - ASIKO GILOBETINOKO

DI MANA LETAKNYA WASHINGTON

Sebaik sahaja Razak pulang dari sekolah, dia bercerita kepada pembantu rumahnya,

“bibi tadi saya kena marah oleh cikgu.”

“Kenapa pulak kamu dimarah marah cikgunya?”

“Sebab saya tak boleh jawab pertanyaan cikgu.” Kata Razak.

“Apa yang cikgu awak tanya,” soal pembantu itu lagi.

“Cikgu tanya, di manakah letaknya Washington, saya tak tahu.”

“Lain kali kalau letak sesuatu jangan lupa....kan dah kena marah,” kata pembantu ....... Dalam hati budak tu,

“sengal batul bibi ni!”