Followers

New Status...


Hari ni genap 5 hari aku bergelar isteri...Tanggal 18 Nov 201o akan ku kenang sehingga akhir hayatku...Rasa lain sangat biler dah jd isteri org ni sebelum ni nak buat pe2pun xpyh nk mintak izin dr sape2pun tp skrg dah lain dah xleh cm dlu..event nk kuo rmhpun kne mtk izin..setakat ni aku blum kuo rmh sorg2 lg..skrg nipun tgh cuti lg tp suami ku dah start kje sabtu bru ni huhuhu..xbestlah hnymoon sorg2, mlm bru leh jmp ngn hubby..

Majlis kami berjalan dengan lancar walaupun akad nikah lwt ckit sbb tok kadi smpai lmbat huhuhu..nasib baik cuaca ok xhjn yelah skrg nikan musim tengkujuh kat trg ni bmbang jgk hujankan..

Meriah betul ari tu sampai xsmpat nk lyn kwn2 yg dtg huhuhu..sory semua masa xmengizinkan..kepada kwn2 yg sudi dtg thanks sngt2...

Untuk teman2ku yg xsmpat dtg ke mjlis ku...









p/s: i love u sayang.....

Biler dah bosan...

Biler dah bosan mulalah pkir nk buat apekan..pastu teringtlah kat blog yg dah bersawang ni..dah brp kurun aku xusik dah pnyakit MALAS ni telah menyerang driku huhuhu...

Biler dah bosan mulalah pikir kan best blh kuo lepak ngan kwn2 cam dulu2..suke je biler ingat..tp skrg semua dah xde huhuhu...sedihnye rse..kwn2 semua dah cbuk ngn hal masing2..tp aku tetap aku tetap sndri (ayt kecian).....

Biler dah bosan mulalah terpikir persiapan kahwin yg entah pe2...langsung xambik brat..pdahal hari tu dah dekat..knp penyakit MALAS ni slalu mnyerang..xde ubat nk hilangkan pnyakit ni..ckap bab kahwin ni mcm2 aku rse skrg...ptutlah bdk pmpuan yg dlm paper tu yg mak bpak dia ckp die hilang tu rpanye die lari xnak kahwin huhuhu....iman xkuatlah tu..de mslah ckit lari...situasi aku ni bkn xnak kwin tp tkut..mcm2 aku rse...tp bile cbuk lngsug xingt psl nk kahwin...

Biler dah bosan mulalah nyanyi sorg2..lagu yg aku suka nynyi skrg ni lagu nynyian MAHER ZAIN...semua lgu die aku ska...utk yg k kawin tu blh dgr lgu BARAK ALLAH...sesuai sngt2...

Biler dah bosan tu.....dah2 brp kali nk ulang daaa......ckup2lah tu....korang biler dah bosan buat ape erk????

Why???????????

Knp skrg dah malas nk update blog yer...de sape2 blh bg semangat utk diri ini terus menerus menaip disini..diri ini sudah hilang semangat nk menaip disini kenapa yer hhuhu...

Lagi sebulan aku nk melangkah ke dunia baru yg dan dunia itu akan memberi kesan yang mendalam dlm hidup ku..adakah ak akan lebih bahagia dr skrg @ sama sje..ak sndiri yg akn menentukan...kawan2 doakan aku yer...

Tanda-Tanda Kematian..

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kalaulah Bukan Kerana Allah Menutup Aib Kita

Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..

Allah pun berfirman kepada Musa, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian”.

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, “Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena engkaulah hujan tak turun”. Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau dirinya yang dimaksud.

Ia berkata dalam hatinya, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”. Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya sambil berkata , “Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan. Musa pun kehairanan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”. Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.

Musa berkata, “Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu”. Allah berfirman, “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia taat kepadaKu?”

Maafkan Saya..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."


Tag & Contest dr My sis Amyliana

Dah agak dah pasri kene tag dr k.amy ni huhuhu...pg td blog wlking bacalah entry dr blog Mira die de tag utk k.amy..n aku pun dah terlintas sejenak jap g pasti k.amy tag aku blik huhuhu...dan akhirnye btul jgk tekaan ku itu...

Aku bknnye ske sngt msuk contest2 pelbagai ni tp nk ambik hati k.amy yg dah tinggal spruh sbb tlh di curi oleh seseorg so terpaksalah join skali hihihi...kiter xcomelpun blh ke join ni hmmmm....xpelah ambik hati kakak ku sudahhhh...




syarat2 contest:-
1. terbuka kepada gadis-gadis sahaja
- gadis sunti lg tau hik..hik..hik...

2. Perlu menjadi followers NurAinHasan..
- done..........

3. Letak sekeping sahaja gambar anda sendiri..Gambar mestilah terkini..



4. Entry khas untuk contest ini..letak banner contest ini di entry dan wajib backlink kpd contest ini.
-->Contest Gadis Paling Comel ni sesuai tuk smua gadis2 diluar sana..sape2 yang nak join boleh klik banner nie yer..



5. Jawapan untuk soalan Apakah benda comel/cute yang anda suka??
- sy suke ank kucing yg bulunye lebat....cute..cute..cute ...giler...rse nk gigit je klu nmpk ank kucing cmtu..

6. Tag kan hanya seorang yg patut join contest ini..
- nk tag k.awien lah hihihi... join ye k.awien comel..klu xjoin x jmput org kwin kkg hihihi...

p/s:- k.amy cute jngn nk ngade2 lpas ni yer hihihi...

Cikgu VS Murid

Hari ini pada pukul 2.52 ptg
Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kataselamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapanini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari inicikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgusebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawanbagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

psstt: lawak lama.. tp bila baca balik still leh sengih sorang2.. hehehe..


K.H.A.M.I.S. DATANG LAGI...

Hari yang selalu ku tggu2 adalh hari khamis..bestnye biler tiba hari khamis..bkn pe coz esk cuti hihihi...kan best klu ari sbtupun cuti..bosanlah asyik keje je..bilerlah blh cuti pnjang huhuhu...

Bilerlah blh pegi holiday lagi..kli ni nk cri tmpat jauh ckit n lme ckit..klu blh tido sanepun xpe hihihi...tp rse2 nye klu nk tggu time tu agak2 nye time honymoon lah kot hihihi...bilerlah tu huhuhu..cdihnye biler terkenang mjlis yg xjd2 ni..

p/s:- Rancang percutian skrg nak x hihihi...

Holiday...

Hari ahad bru ni terengganu dpt cuti tau bkn snang terengganu nk cuti hari ahad hihihi..akupun dpt cuti gak wlaupun bkn kje gov kan tp nsb baik dpt bos sporting die bg jgk cuti free utk pkerja die..mula2 aku tnye tu die ckp xcuti huhuhu..die mmg suke main2kan aku..bile blik kje die tpun ckp esk cuti..suke giler aku..plak tu mse die tpun aku nk kuo ngn mila teman die bli brng hntran..dah nk kwin kwn aku sorg ni huhuhu..

Maseduk dlm kreta tu aku mula terfikir nk pegi mne esok erk ngn yg tunang tersyg hihih..ye lah dah lme xkuo sme2..nme je duk stu daerah tp cm duk berbatu2 jauhnye...bile tibe time blik aku mula buat plan giler ngn mila,aku ajk die g sekayu hihihi...

Mlm tu kita org pujuk huby msing2 hihii...yess...aku berjaya pjuk die n aku ajk adik die skali coz adik die dh lme nk pegi skayu,lgpun klu pegi tmpat2 cm ni rmai2 bru bestkan..

So kt org pegi 2 buah kreta mila ajk tunag die,adik die n spupu die...best gile pegi sane..rmai giler org huhuhu..nk cri tmpt parking pun ssh...dahlah smpai lwt..tp ape2pun mmg bestlah ari tu kul 6 sampai rmh hihihi...

p/s: thun dpn kiter pegi lagi erk hihihi...ooopppsss...pic xde cos kabel kmera ngn my huby hihihi...

New Design In Facebook

Waaa...Fb dah majulah..smlm blh wat layout utk profile cute sngt..dah same color ngn blog ni hihihi...

Cantik x....hihihi...i like it...

EDITING WITH PHOTOSHOP

Biler dah bosan xde kje nk buat ni jelah yg mmpu aku buat skrg huhuhu...sjer2 test power edit pic yg sedia ade..korang rse ok x..msti korng rse biase jekan...tp klu korng tngk pic asal die msti korng pun nk bljr cmne nk buat jd cmni...





-: sape yg rse nk buat pic die lb

TAG DARI K.AMY..

Pagi ni dpt tag dr k.amy...wajib kne jwb katenye hihihi...ni firstime ade org bg tag ni.jom kite pakat jawab tag ni....

1.Soalan pertama : adakah anda rasa anda hot?
langsung tak...biasa2 jer..

2.Soalan ke-dua: upload wallpaper yang anda guna sekarang. -

aku gne wallpaper yg sedia ade je..

3.Soalan ke-tiga : cerita pasal wallpaper tersebut.
wallpaper ni nmpak kreatif sesuai ngn my job hihihi...

4.Soalan ke-empat : bila kali terakhir anda makan pizza?
malu nk jwb solan ni hihihi..last aku mkn piza mse kje kat skali dah sthun lbih huhuhu....lgpun aku bkn ghairah berahi sngt mkn bnde tu.

5.Soalan ke-lima : lagu paling latest anda dengar.
lggu shahir af tulah yg korang suke sngt tu..aku terdngr coz main kat radio td..

6.Soalan ke-enam : apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
xde wat pe2pun just jwb tag ni jelah..jap g nk download lgu usang by rahim maarof

7.Soalan ke-tujuh : selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
nojie,jie,jihan

8.Soalan ke-lapan : tag lagi lapan orang
sarmila
k.awien
shidah
k.ana
izan salleh
blog zoro
fazie
sorg lg xthulah hihiih...ckplah tu.

9.Soalan ke-sembilan : siapakah orang no. 1 kepada anda?
kawan dr skolah mngah lg..kira2 dah 7thun kt org kwn smpai skrg.

10.Soalan ke-sepuluh : katakan sesuatu kepada orang no.5
moga berjaya dpt diploma n dgree...

11.Soalan ke-sebelas : no. 3 ada hubungan dengan sapa?
entahlah..xknl hihii...klu nk thu tgk blog die.

12.Soalan ke-duabelas : bagaimana pula dengan no.4?
k.ana...dah mcm kakak aku jgklah..knl mse krss kat spike n lbih rpat kat skali.

13.Soalan ke-tigabelas : pesanan kepada orang no.6

b a good boy...

14.Soalan ke-empat belas : kata2 cinta untuk orang no. 2.
hahaha...nsb pmpuan..lov u k.awien bucuk..

15.Soalan ke-lima belas : adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
xde coz no x xde dlm list hihihi...

16.Soalan ke-enambelas : berikan 5 perkara yang anda tawu tentang orang yang mengetag anda.
erm...dia sdng hapy skrg coz nk jmp ngn org tersayang mggu ni hihihi...slmt jalan k.amy..hope k.amy hpy slalu k....

18.Soalan ke-lapanbelas : perasaan anda semasa buat tag ini.
letih coz bnyk sngt soklan nk kne jwb huhuhu...eh asal no 17 xde???????

19.Soalan ke-sembilanbelas : adakah anda tau si razman itu sengal
razman?????xknlpun artis ke huhuhu...

Soalan ke-duapuluh : gay or less?
dilaknat kedua2 nye...


Dah2....letih nk taip ni...korang jwblah tag tu erk...thanks k.amy krn sudi tag owg hihii...lov u 2...

PERLU KER???

Kecoh betul pagi ni,pg2 lg dah ade perbukaan cerita hahaha...mane tak nye berlaku satu pergaduhan yang maha hebat kat rumah aku pagi ni antara tut....xleh citerlah yg tu...

Selalunye dia org gaduh biasa2 je tp ari ni kecoh sampai satu rmh dngr siap di belasahnye bini die..xtahan sngtlah tu ngn prangai bini dia tu..tp patut ke di bantai nye isteri die????patut ke korang rse?

Tp mungkin de sbb nye that girl very2 degil..dah jd bini org tu buatlah perangai elok2 cikit bru suami syg ni x die ikut kepala die je xtkut lngsung akibatnye...

Tp kan aku rse nk ajar isteri xpayahlah smpai cm tu skali mak ayah die pun xpnh pukul die..mungkin ni akibat kawin muda fikiran xmatang lg..korang rse care cmne yg betul utk mengajar isteri yg xdengar ckp supaya ikut ckp si suami??

Jalan-Jalan Cari Pasal...

Hari ni seharian aku kuo jalan2..aku pegi rmh k.amy coz abg die kawin..aku pegi ngn k.ba,k.win,haris n daus...boy stu kereta girl satu kereta..asalnye mila ikut jgk tp ade khabar kurang gembira dr dia pg td coz cik(nenek) dia meninggal..

Pagi2 lagi aku dah pegi rmh die org trg panggil nawat org mati..mse aku sampai kt rmh mila org tngah cbuk nak mndikan si mati..cik die tu dah lme sakit so kelurga die xsedih sngtlah sbb bkn mati mngejutkan..milapun aku tgk biasa je xpelah...ape2 takziah utk kluarga mereka..

berbalik kpd jamuan rmh k.amy td...hjn lebat giler td..aku pegi dlm kul 12 lbih..sampa sanapun terpaksa panggil k.amy coz k.ba xbwk payung hihi...mcm tetamu terhormat plak sampai je k.amy payungkan...thanks k.amy...k.amy nmpk slim skrg ni...

aku xde ambik gambr coz kmera xbwk tp k.win de ambik gmbar ngn pngntin nnti biler de pic tu aku upload..pngantin sama cantik sama padan hihihi...moga kekal ke anak cuculah hndaknye...

blik rmh k.amy k.ba ajk g tgk demo ttg produk yg die jual tu..



nilah produk tu..utk jimat petrol,elektik n bnyk lg funsinye...lain klilah aku citer ape fungsinye tu...tp bnde ni mmg jimat minyk betullah..k.ba isi minyak RM10 je utk kereta myvi dr manir ke k.berang.

dah mgrib lah...ok lah nk rhat plak...
Dah lme xrse letih cmni...bnyk jgklah kje kat ofis ari ni wat design banner n tebuk lubang butang lg semua aku kene buat sbb bdk yg buat kje tu dah bhnti so terpaksalah aku berkorban jiwa & raga ku (cewah..ayt...hahaha..).

Tapi xpelah nmepun kjekan klu xnak letih duk rumah tido jelah huhuhu..nk blik td tgk tyar moto pncit huhuuh...nsib baik aku ni kcik je so klu naik tu xdelah efect ape2kan..aku rse2 tyar tu bocorlah sbb bru je isi angin..aku ingt nk g hntar bngkel tp bengkel dah tutup xthu kul wase mse tu coz xde mse nk tgk jam..(mcm bz sngt hihihi...)

Last2 terus je pegi shell batu 6 isi angin moto..tgk esklah cmne klu kempis jgk bocorlah tu jwbnye..skrg time to rilex n tgk tvlah pe lg..aku duk tgk cite shah jihan...jihan????nme aku tu hihihihi..aku nk try lyn citer ni best ke x.citer ni gnti adam maya tau...oklah jom nonton............



BANGGA KE KITA SEBAGAI ORG ISLAM?

Bangga ke kite bile berlaku begini

Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA

bg akulah langsung tidak...nilah org pnggil dunia akhir zaman..

macam2...ape nak jd lah dunia sekarang..

Al-Kisah...

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak
perempuan yang sangat disayangi
iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka
berpakat utk kahwinkan anak2 ni serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu
pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi
honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman,

Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat
berpesan, "nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah.
Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah
tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup.
Ringkas, padat dan cepat." panjang lebar Mak Minah memberi
arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti
yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah
kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered
dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca
iklan yang bertulis "Besar, teguh dan peramah"..
Bahagialah Si Siti rupanya..

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis
'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum
lagi keduanya membaca iklan yang
bertulis "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir"
Bahagialah Si Seri rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat
Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum
keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga
Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak
Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada
jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari
Suri dengan isi kandungannya "AIR ASIA ".

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan
tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak
bongsunya.

Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2
tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan
itu...??


"7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON-
STOP!!"

Nama-nama JEPUN

1. Yg pemarah- KEJI CACIMAKI

2. Yg tak suka brg mahal- SATO SUKAMURA

3. Yg bisu- KITA TADASUARA

4. Yg suka makan tose- NANACHI HITOSE

5. Yg suka lagu blues-APO NADIKATO

6.Yg suka belajar-ASIKO ULANGKAJI

7. Yg kerap bikin ribut- WAKASI HURUHARA

8. Yg masih bujang-MATIMATI TAMOKASI

9 .Yg asyik berbini - ASIKO GILOBETINOKO
Pada siapa aku harus mengadu..pada siapa aku mahu bercerita...aku letih utk teruskan hidup yg tak barmakna bg ku..hatiku sakit bila terbayang kisah lalu..janji2 mu dulu..knp????????????
knp nasib aku begitu malang mengenal dirimu..mungkin aku slh jika menganggap yg kau mementingkan diri sendiri..jika aku salah buktikan yg kau benar...............

ya allah..berikan aku kekuatan utk menempuhi dugaan mu ini ya allah..aku tak snggup memikul beban yg kau berikan..mungkin aku lemah..aku hanya insan biasa yg hanya mengikut kata2 mu..


Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tidak menentu
Keranamu

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tidak menentu
Kerana mu

Aminulrasyid dalam kenangan


Bila terbaca artikel tentang arwah aku rase sedih sngt sbb sorg lg manusia tidak bersalah menjadi mangsa salah guna kuasa dan difitnsh..
aku menangis bila membaca kisah arwah..beliau begitu naif utk digelar pnjenayah.wajah nye yg begitu manis ini di gelar penjenayah mmg tidak boleh di terima akal..korang boleh baca kisah arwah disini dan boleh melihat gambar2 arwah disini.
sama-samalah kite sedekahkan al-fatihah kepada arwah dan takziah utk keluarga arwah..

SUNYI...


Ari ni hidup aku kembali sunyi..pada siapa aku harus mengadu? mengenang nasib ku yg malang..aku ditinggalkan..aku bosan hidup begini..dikala aku menulis coretan ini aku sedang kesorangan tiada teman di sisi..yg ade hanye kesunyian..padamu ku coretkan warkah ini..akan ku jadikan ini sebagai diari hidup ku..aku sunyi tanpa mu disisi..

aku sedih mengenang nasib diri tiada teman tiada siapa peduli..apa salahku????

adakah aku tidak layak utk berkawan???....ampunkan aku wahai sahabat2 ku...memang takdir hidupku begini..tiada kegembiraan di hati..

DI MANA LETAKNYA WASHINGTON

Sebaik sahaja Razak pulang dari sekolah, dia bercerita kepada pembantu rumahnya,

“bibi tadi saya kena marah oleh cikgu.”

“Kenapa pulak kamu dimarah marah cikgunya?”

“Sebab saya tak boleh jawab pertanyaan cikgu.” Kata Razak.

“Apa yang cikgu awak tanya,” soal pembantu itu lagi.

“Cikgu tanya, di manakah letaknya Washington, saya tak tahu.”

“Lain kali kalau letak sesuatu jangan lupa....kan dah kena marah,” kata pembantu ....... Dalam hati budak tu,

“sengal batul bibi ni!”




Dapat jugak aku lesen besau hhihihi..setelah meredah panas terik td..nk terbakar rsenye kulit ni dahlah tengah pose..xpe sabar ye..ni bru panas kat dunia kat akhirat xterucap ngan kata2..bwak moto laju giler td..tp msih lg ingat mati hihihi..wlaupun laju tp tetap hati2..

Nak tgk lesen i?????







xpayahlah wat malu je hihihi...

nak tngok jgk...
oklah..






















waa.....cute x hahaha.....ape daa..bru dpt lesen bsau padahal dah tua huhuh...ape nk buat aku ni penakut tuime kwn2 ajk ambik lesen mse sklh dlu aku xnak tkut sngt mse tu..last2 ambik jgk huhuhu...dahlah ambik sorg2..ni nk ambik lesen D plak...bru de L P nye biler lglah hhuhuu...ni bkn tkut tp xde modal hihihi...

biler dah de lesen D nnti aku ltak besau2 dalm blog aku ni yer...jgn mare...

Resume terbaik dalam sejarah


Resume ini di rekacipta hanya untuk suka-suka.. Tiada mengena dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia..

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja
Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak

Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)

Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

CIKGU CUN LAYAR BURUK

Di dalam sebuah kelas, Cikgu bertanya:
Guru : Apakah yang menyebabkan Kuala Lumpur banjir?
Osman : Longkang tersumbat!.
Mamat : Sistem perparitan tidak betul.
Ghani : Kerana Kuala Lumpur berada di paras rendah.
Guru bersuara : Salah semuanya!! Yang menyebabkan Kuala Lumpur banjir ialah AIR murid-murid....AIR..........
(hish nasib baik cikgu cun, kalau orang lain dah kena baling ni, kata mamat merungut)

PENGUMUMAN!!PENGUMUMAN!!!


Kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini..saya nk bagitahu berita terkini yang baru di update semalam hihihi...xdelah just kiding...sebenarnye nk bgthu yg korang xkan rse nasi minyak i raya pose ni..TAPI....akan merasa RAYA QORBAN ni...ala raya jugakkan hihihi...kira oklah tu hihihi...selepas difikir2kan balik ade baik nye coz very2 bz this time...can't prepair my weding right now...bnyak sngt tempahan bju nk kne setle dlu huhuu..bnde baik ni xblh buat tergopoh gapahkan...rilex je hihihi..oklah..klu de perkembangan terbaru nnti akn d update xlama lg..just tungguuuuuuuuuuu........

TUNGGU KERETA LALU DULU.......

Seorang ibu berpesan kepada anaknya Amir yang hendak ke rumah kawan, “Amir kalau mahu menyeberang jalan, jangan main melintas saja, Amir tunggu kereta lalu dulu, baru Amir menyeberang.”
“Ya lah ibuuu! Amir pergi dulu” Setelah setengah jam, ibunya keluar ke halaman rumah dan mendapati Amir masih berdiri di tepi jalan. Ibu rasa hairan kerana dilihat jalanraya lengang, lalu si ibu bertanya, “kenapa tak menyeberang dari tadi lagi?”
“Amir tunggu tidak ada sebuah keretapun lalu, tadikan ibu pesan suruh kereta lalu dulu baru menyeberang”

Laaaa! Sengal betul budak ni datanglah pulak lurusnya....

Hari yang gelap kini sudah terang...

Mr. Hamz: syg..abg de berita gembira.
Me: berita nape bang?
Mr.hamz: abg blh g kursus pembenihan keli kat kedah...

Yesss...akhirnye impian Mr.hamz tercapai jua...skrg baru aku thu kesabaran tu penting dalam hidup kite..rezeki xkan dtg bergolek kalu xd cari..maafkan syg kerana selama ni kurang bersabar ngn abg..tp skrang ni dah terbukti kesabaran memberi erti yang amat berharga kpd kami berdua..

kawan2 semua tlng doakan kami berjaya n dekatkan jodoh kami...Amin.........

Ngantuknye....

Knp ari ni rse mngantuk sngt huhuhu...rse pedih je mata,tp keje tetap kje..skrg ni tngah format pc my bos bljar format skali skala hihi...entah sucses ke xlah ni..harap2 berjayalah...cayok2...

Uuuwwwaaaa....





huhuhu...letih bangat ini hari dah lah smlm xcukup tido coz blik lwat kuo ngn mila n adik die tu...hajat nye nk g karaoke hihihih..kte org karaoke sampai 20 lagu..sakit ank2 tekak ni sdr xsdr tmpt kteorg nynyi ni dah nk ttp hiihihi..dlm ati takut jgk sampai rmh kne mrh ngn mak.

Nasib baik sampai rumah mak n semua org dah tido..

berbalik kpd ini ari..blik kje lewat td coz terpaksa tolong bos gue siapkan banner cstmer sorg ni dahlah hntr lmbt pastu nk cpat nsib baik bos ngn gue ni baik ati hihihi..harap2 bulan ni gaji uplah ckir ye bos..

Minggu ni gue betul2 bz mcm2 kne buat tp tetap curi2 mse tgk blog n facebook..sari xonline xsah rse xlengkaplah hidup ni hihihi (padahal sebelum ni xheranpun huhuhu..)...

Tp xpelah aku xkisah sngt kje lebih mase ni coz sblum ni xde kje bnykkan so aku xnaklah mkn duit haram..org kte makan gaji buta..bile dah buat kje sampai blik lewat blhlah topup mse yg terbuang sbelum ni..

Gue mahu berhat dlu..letih bangat ni....................................................................................

Warghhh...

Warghhhh....kepalaku dah mula pening tgk blog CiputCedut ni huhuh...ade ke die upload gmbar di luar kemahuan ku utk melihat nye huhu..nk muntahpun ade..aku xleh nk komenlah blog die tu coz terkezut punye pasal tgk gmbr tu...jgnlah ltk gmbr over cm tu kecianlah kat org cm aku ni yg xleh nk tgk pic cm tu huhuh...cedihnyer...

LAWAK INI HARI...

HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG

Seorang ustaz memberitahu “HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI MENIKAHI DENGAN GADIS SATU KAMPUNG”
Terkejutlah umat islam mendengr kata-kata ustaz itu. Biar betul sikit ustaz “Bagaimana ustaz boleh kata haram untuk menikahi gadis satu kampung?
Ustaz jawab : Mestilah haram, lelaki Islam hanya dibenarkan menikahi empat orang wanita sahaja, kalau satu kampung perempuan hendak dinikahinya dah berapa ramai tuu!! Lagipun larat ke?
Cis badigol betul..........

My Happy Day...


7.50 jam tepon ku berbunyi..malasnye nak bangun..tp aku kuatkan tubuhku utk ke bilik air..8.10 siap mandi.dan bersiap utk pegi kje..pg ni aku xde mood nk brekfirst..pegi keje ayh hntar coz ayh nk gune moto..kul 10.00 Mr.Hamz call..nk pujuklah tu coz smlm dah gaduh warghh...:'(

Mr.Hamz : abg g ambik syg jap g kiter kuo mkn neh..

aku terkaku sekejap...dlm hati ni xsoh kire lah suke bukan main hihihi..tepat kul 1 aku kuo mkn kat selera timur..borak2...pastu balik..aku hapy sngt coz die pujuk aku dlu sblum blik kemaman lg huhuu..kne tinggal lg..

Tp xpe aku dah puas coz blh jmp td..thanks bang...blik keje msg ngn kakak aku sorg tu..dpt plak cite gembira hihihi..aku gembira sngat2 dgr berita tu xthu knp hihihi...aku doakan cpatlah jodoh die ngn sipolan tu...

aku hapy bile teman2 ku hapy..dan akupun tgh hapy skrg ni...smbil taip ni blh pak senyum sorg2 hihihi..

i love u all....

LAWAK HARI INI...


PUKUL BERAPA KERETAPI SAMPAI?

Satu pagi di stesen keretapi,seorang wanita tua bertanya kepadapetugas kaunter di stesen kereta api...
Makcik : “Makcik tanya cikit, kereta api sampai jam berapa?
Petugas Kaunter : kereta api dari siam sampai pukul 2, Kelantan kol 5, penang kul 3, singapor kul 8.
Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja..

Bunga Telur

Lagi 5 bulan nk raya maknanye lagi 5 bulan aku nk kawin (insyaallah)..akupun dah slow2 buat persiapan mne yg patut..baru2 ni aku bercadang nk buat bunga telur aku sendiri dan jadi jugak bunga telur aku tu walaupun tak secantik mane huhuhu..tp aku puas ati jugak coz hasil kerja tangan aku sendirikan..

aku buat bunga dip,tema majlis aku nanti color biru turqoise..Qdip tu xde kat terengganu ni so aku suruh kwn aku tlg belikan untuk aku harga nye RM 13.90 ngn thiner die RM 12.90..so sekarang ni masih dalam proses lagi sbb smbil aku buat bunga dip tu aku de keje lain jgk menjahit lagi & ngan keje aku kat IDAD sbgai designer...

Sekarang ni bunga telur aku dah siap 20 batang..40 lagi belum letak riben coz dah smggu cari riben xjumpa2..jd smlm aku singgah kat mydin jumpalah riben aku nak tu barulah boleh smbung buat bnga telur aku tu huhu..

Kalu kawan 2 semua nk tgk mcm mne rupa bunga telur aku tu..tungguuuuu....hihihi...

New Born


Baru-baru ini aku telah mendapat anak sedara baru namenye Mohd Nor Farhan iaitu anak kepada abgku...Bayi ini dilahirkan pada tanggal 2-2-2010 pada pukul 12:30pm di hospital besar kuala terengganu seberat 2.7 kg..ari ke 2 dilahirkan bayi dan ibu kepada bayi ini dibenarkan pulang teteapi 2 hari selepas itu bayi ini terpaksa dihantar ke hospital semula keran deman kuning..darahnya telah diambil untuk ujian..die telah disuntik di ibu jari kaki dengan diiringi tangisan yang amat nyaring dari seorang bayi seperti die huhuhu...kesian bangat sih...tapi 2 ari selepas dimasukkan di hospital farhan dibernarkan pulang dan dia bersama ibunye telah pulang ke rumah ibu nya yg terletak di marang nung...hehehe...tak dpatlah aku nk main2 ngan farhan lagi..tggu mak die habis pantanglah jawabnye...ape2pun aku harap farhan cepat besar dan chat coz die krus sgt...wsalam...