Followers

.::: Sel@m@t Ul@ng T@hun $@y@ng :::.

Hari ni 21 Feb 2011 adalah hari yg bermakna bgku krn hari ini adalah besday hsband ku yg tersayang....

Nak dijadikan cerita aku blh lupa ari ni besday dia..mati2 aku ingtkan esk huhuhu...siap aku blh bgtahu kat dia yg esk bsday dia...dia snyum je...pastu blh plak die kte ye ke esk..bkn ari ni ke hahaha..tergelak bsr aku bile tgk klendar mmg btul ari ni 21 hahaha....

cian huby sy isteri die blh lupa bsday die....sowy ye bang...sjak akhir2 ni jd pelupa plak...

Sayang ucapkan selamat ulang thun yg ke tutttt....rhsia lor....moga pnjang umur,murah rezeki,pnjang umur n jodoh kite kekal smpai ke mati..sayangggg sngt2 kat abg....

p/s: nk bg sprise mlm ni hihihi...

~::*BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK*::~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.


*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *


semoga bermanfa'at


Oleh:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp

p/s:abg...ampunkan salah & silap isterimu ini..sesungguhnya isteri mu ini seorang insan yg lemah yg bnyk menyakiti hati mu...tetapi isterimu ini tersangat menyintaimu...love u so much bang.....<3

Kerana Sebiji Tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur
bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji
tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang
dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya
membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah
tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri
Syaqiq dengan keadaan tersebut.


Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada
siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada
penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah
tembikai itu?." Terdiam isterinya mendenga
pertanyaan tersebut.


Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya
terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si
pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang
terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu
berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka
ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada
Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah
engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala
ketentuan-Nya."


Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan
iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan
oleh Allah SWT.

Syurga buat wanita....

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)

Tempahan Banner,Bunting,Backdrop,Billboard & Signboard.

Merujuk perkara di atas aku sebagai tuan empunya blog ingin mengiklankan perkhidmatan seperti di atas. Sempena setahun aku bekerja di ....... dekat ngn rumah aku je...

Bos aku dah lame request nk promote kedai die ni tp aku buat dono(xtahu) je...Tapi ari ni aku nak jadi pekerja yang bertindak mengikut perintah hahaha....

Kalau de sape2 yang rase nk tempah buat banner kahwin ke boleh lah contact aku kat ofis aku ni ye, no phone tertera di bawah...

Harga untuk banner RM2.50 perkaki, manakala untuk bunting saiz 2x6 RM24.00..(harga boleh dirunding..:)..)

Kualiti di jamin hihihi....klu de sape2 yg tinggal luar dr terengganu & berminat nak tempah blh juga...

di sini aku serta kan contoh2 design yang pernah aku buat...








p/s: sila hubungi 09-6152742 I-DAD BINA NIAGA...

Setelah 2bulan Bertukar Status..

Pejam celik pejam celik dah nk msuk 3bln aku bertukar status...setakat ni alhamdulillah aku belum jemu melayan kerenah suami ku walaupun kadang kala ade jgk slh fhm ckit tp aku dpt atasinye...

Best sebenarnye bila kite dah de tanggungjawab baru ni...kite akn jd lebih matang,penyabar n penjimat cermat sebenarnye hihihi..sebelum ni klu nk shoping xpkir dah akan dtg tp skrg nk beli ape2pun slalu kne pkir 3 4 kali lpas tu msti xjd nk beli huhuhu....

Tapi aku tak kisah sngtpun coz tu hanya kemahuan bukan keperluan..bg aku dahulukan keperluan seharian bru boleh pkir soal kemahuan...

keperluan is keperluan ="perlu"....
kemahuan is kemahuan= "mahu"...

perlu dan mahu perlu dibezakan...itu yg aku belajar masa sekolah2 dulu..tp skrg kejap ingt kejap lupa..
tp bila dah kahwin ni slalu ingat hihihi....

p/s: hopely dpt tukar status lg soon....doakan aku yer...

Gelagat Boss ngan Seketeri di early

Alkisah ada seorg lelaki yg berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEW disebuah sykt yg
besar di KL… Pada suatu early morning tu.. Boss ini
memanggil la dia punya seketeri masuk ke opisnya..seperti biasa.. seketerinya pun masukla…

Tolong buatkan saya surat utk kita punya client..Si Boss ini pun mula la cakap dia punya
mukadimahnya.. biasa la Boss.. malas nak tulis.. cakap punya cakap.. Boss ni pun
bangun.. dan berjalan-jalan pusing-pusing meja sambil tangan masuk dlm poket seluar..
10 minit kemudia acara mengarang ayat pun habis.. si seketeri pun mula bersuara..

Seketeri: Boss.. pagi tadikan.. masa saya nak datang ke opis..saya nampak pintu garage boss
terbuka..

Boss: (dlm keadaan kelam kabut) ye ke.. tak per, nanti saya call rumah..terima kasih..

Si seketeri pun blah balik ke meja dia..dan si Boss pun call rumah dia tanya wife dia..

Boss: Yang tolong tengokkan garage rumah kita..pintu dia terbuka la..

Bini: Taklah bang..baru tadi I tengok ..mana adaterbuka..

Boss: Iye..terbuka..cuba pergi tengoksekejap.

Bini: Tidakkkkk, tertutup…saya tahu la bang.

Boss: Pergi lah tengok..kalau tak terbuka macam mana org boleh nampak??

Bini: Okay lah.. okay lah.

Setelah setengah jam kemudia.. masa Boss ni tengah relek-relek..baru dia perasan yang zip
seluar dia terbuka..(dah memang perangai dia tak suka pakai underware).. maka
nampaklah…mengelabahlah si Boss nimemikirkan macam mana nak cover malu kat seketeri
dia tu..

Boss: Errr… tadi pagi masa you nampak garage I terbuka.. ada tak you nampak BMW kat
dlm tu?

Seketeri: Tak.. yg I nampak cuma ada MINI COOPER ngan dua tayar depannya
pancit!!!!!!
~~~~~

kuang..kuang...

TELEFON..

Satu hari ketika baru saja tiba dr subang, aku singgah sekejap di Klcc.
Aku ada something utk dibeli. Ketika aku sedang melihat brg dikedai, tiba-tiba perut aku terasa memulas.
Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas kat level tu.Masuk saja kat situ,aku tengok ada 3 bilik air.Satu tu bertutup,so aku pegi yg disebelahnya.
Baru saja aku duduk,aku terdengar suara dari sebelah…

“Haa,camna sekarang ?” Aku pun bukan suka nak berbual ngan org yg aku tak kenal kat tandas tu.
Ntah camna,akhirnya aku balas juga

“Ok gak ler”
Kemudian suara tu bertanya lagi

“Ko nak gi mana ni??”
Iskk..Aku mula rasa musykil skit..tapi aku kata

“Aku nak balik,singgah sini nak beli brg sikit”
Lepas suara tu bertanya lagi

“Bila ko nak gerak ni??”
Aku selamba jer kata

“Lepas aku sudah ni,abis beli aku chow la”.

Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata

“Hei,aku call balik ko lepas nilah,tiap kali aku tanya soalan kat ko, mamat bodoh sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Seluar guni…

Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua
seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.
Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati
terkejut. Cubateka kenapa?



Jeng… jeng… jeng….




sebab kat seluar dalam tu ada tulis

“Berat Bersih: 50kg”